Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 1 Januari 2014


Alhamdulillah, pihak masjid mengucapkan jazakallah khairan kathira kepada semua peserta dan ibu bapa yang turut menjayakan Program Tahfiz & Tahsin : Al-Quran, Solat dan Adab yang diadakan kali pertama anjuran Masjid Al-Muhsinin Darulaman Heights. Berikut adalah beberapa keratan gambar yang dapat diperoleh sepanjang program itu berlangsung.

Ucapan Alu-Aluan dan Taklimat oleh Tuan Imam Masjid Al-Muhsinin Darulaman Heights kepada peserta dan ibu bapa bagi memahami konsep sebenar program.










Dan diselangi dengan taklimat oleh Ketua Fasilitator iaitu Ustaz Muzir Sayuti kepada peserta-peserta program.




Program diteruskan dengan menghafaz Al-Quran mengikut juzuk yang dipantau dan disemak sendiri oleh fasilitator.




Peserta menunggu giliran untuk disemak hafazan dan bacaan mereka oleh fasilitator.






Fasilitator menerapkan budaya membaca dan menghafaz sesama peserta agar peserta tidak terlalu tertekan dan selesa dalam menghafaz.






Peserta yang sudah yakin akan bacaan dan hafazannya seterusnya dinilai semula oleh fasilitator.






Kaedah lain yang dipraktikkan adalah kaedah bertadarus Al-Quran seperti mana dilakukan oleh kita pada bulan Ramadhan iaitu seorang peserta membaca dan peserta lain mendengar serta membetulkan kesalahannya jika ada.







Dan pada hari penutup, majlis dimulakan dengan alunan ayat hafazan oleh peserta-peserta yang telah berjaya menghafaz sekurang-kurangnya 1 juzuk.











Imam Masjid Ustaz Sayuti Ramli menyampaikan hadiah hamper berserta sijil kepada peserta yang cemerlang hafazan dan lancar bacaannya.









Selepas majlis penyampaian hadiah dan sijil, peserta dan ibu bapa disajikan dengan juadah petang kuih muih sebelum bersurai.






Imam Masjid bersama AJK program menikmati juadah sambil berbual bersama ibu bapa peserta mengenai program tersebut.




0 comments :

Catat Ulasan